Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘1.0 Pengenalan’ Category

Setiap kajian mempunyai kepentingan tersendiri. Kajian yang dilakukan ini dapat menambahkan kajian tentang dikir barat dari segi linguistik yang dirasakan oleh pengkaji kurang dilakukan. Kajian tentang bahasa sindiran berdasarkan simbolik haiwan dalam lagu dikir barat yang dilakuakn ini boleh dijadikan sebagai rujukan untuk memahami pengkajian mengenai penginterpretasian makna yang terdapat dalam lagu dikir barat  dan fungsi bahasa sindiran yang digunakan dalam lagu dikir barat. Malahan, kajian yang dilakukan ini juga  dapat sedikit sebanyak memberi maklumat kepada masyarakat luar tentang seni kebudayaanyang sangat popular di Kelantan.

Read Full Post »

1.3 Objektif Kajian

objektif kajian merupakan perkara yang penting dalam sesuatu kajian. Hal ini kerana objektiflah yang menentukan hala tuju semasa kajian.kajian tanpa objektif adalah kajian yang tidak terarah kerana kerana tidak mempunyai matlamat serta tujuansesuatu kajian itu dijalankan. Kajian ini  telah mengenal pasti tiga objektif yang akan digunakan dalam melakukan kajian ini.

1.           Mengenalpasti bahasa sindiran yang menggunakkan simbolik haiwan dalam lagu dikir barat.Pengkaji akan

menyatakan jenis haiwan yang digunakan dan mengaitkan sifat haiwan yang digunakan dengan sikap manusia.

2.           Pengkaji menginterpretasikan makna sindiran yang menggunakkan simbol haiwan yang terdapat dalam lagu dikir

barat.

3.          Pengkaji akan mempamerkan pengajaranyang terdapat dalam lagu dikir barat berdasarkansindiran simbolik haiwan

tersebut.

Read Full Post »

Permainan dikir barat adalah suatu teater tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan dan Patani.Secara umumnya, tidak seperti teater tradisional lain, permainan ini lebih popular dalam kalangan masyarakat biasa daripada golongan istana. Dalam persembahan dikir barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang tukang karut dan tok juara(atau dikenali sebagai juara sahaja). Mereka akan mengarut sambil berbalas pantun dan diikuti oleh awok-awok sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang(Noraini Ariffin. 1981 :1)

Dikir barat boleh dipersembahkan sebagai hiburan ataupun pertandingan. Permaianan ini biasanyadimainkan oleh masyarakat tani pada musim menuai padi dan juga majlis perkahwinan serta berkhatan. Di samping itu, pertandingan sering diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan,badan-badan kerajaan, mahupun pihak tertentu untuk mengutip wang. Dikir barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional lain. Malahan, perkembangannya dari semasa ke semasa mengikut peredaran zaman.

Dikir barat yang merupakan salah satu teater tradisional yang paling popular terutama dalam kalangan masyarakat Melayu menyebabkan pengkaji tertarik untuk mengkaji simbolik haiwan yang kebanyakan terdapat dalam lagu dikir barat ini. Pengkaji juga ingin melihat maksud disebalik simbolik haiwan yang telah digunakan dalam lagu dikir barat tersebut. Hal ini menyebabkan pengkaji melakukan kajian ke atas penginterpretasian simbolik haiwan dalam lagu dikir barat.

Read Full Post »

1.5 Definisi Istilah

Dalam bahagian ini akan diberikan takrifan beberapa konsep penting yang terdapat dalam kajian ini. Konsep- konsep yang perlu ditakrifkan ialah dikir barat, sindiran dan simbolik.

Dikir barat.

Dikir barat ialah adalah salah suatu teater tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayudi Kelantan dan Selatan Siam. Perkataan dikir adalah hasil daripada dua kombinasi seni iaitu ‘dikir’ dan ‘ pantun’ atau ‘dikir’ dan ‘karut. Pengertian karut itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk syair atau pantun.Maka, ‘dikr barat’ , ‘dikir karut’, ‘dikir pantun’, dan ‘dikir syair’ adalah sama ertinya.Namun begitu, di Kelantanianya terkenal  sebagai panggilan ‘dikir barat'(Noraiani Ariffin, 1981 :1)

Dikir dikenali dengan pelbagai nama seperti dikir maulud, dikir Pahang, dikir rebana, dan dikir berarak. Dikir- dikir ini dilagukan dengan iringan pukulan rebana atau kompang. Keadaan ini merupakan kebudayaan yang agak baru dipopularkan pada masa kini.Ianya akan dinyanyikan secara beramai-ramai dalam bentuk pantun. Seorang ketua dari kumpulan dikir barat akan dikenali sebagai tukang dikir atau tukang karut akan memulakan nyanyian yang diulang oleh pengiring secara beramai-ramai.

Sindiran.

Sindiran bermaksud perkataan yang digunakan untuk mengata, mengeji, mengejek, mencela orang secara tidak berterus terangan secara kiasan(Kamus Dewan 2002), Pasemon(1996) juga turut mendefinisikan bahasa sindiran iaitu :-

Bahasa sindiran merupakan perkataan yang ditujukan untuk sesuatu maksud kepada seseorang, tidak disebut atau

dinyatakan secara tepat. Hanya disampaikan secara sinis dengan kias – kias atau dilambangkan kepada perkara lain.

Ianya tidak digunakan atau disebut secara terang – terangan atau ditujukan dengan tepat terhadap seseorang.

Simbolik.

Kamus Dewan (2002 : 1281), simbol merupakan perkara yang berkaitan dengan lambang, sebagai lambang dan menjadi lambang. Penggunaan lambang yang cuba dikaitkan oleh pengkaji melalui kajian ini adalah berkaitan dengan lambang haiwan yang cuba menyindir sikap manusia pada zaman dahulu kala sehinggalah ke zaman sekarang. Persamaan yang ada pada lambang ini akan disamakan dengan sikap manusia. Antara lambang yang akan digunakan oleh pengkaji ialah tupai dan lintah.

Read Full Post »

1.1 Pendahuluan

kajian ini adalah berkaitan dengan penginterpretasian makna simbolik dalam haiwan dalam lagu dikir barat. Kajian ini melihatkan kajian  semantik kerana melakukan kajian terhadap penginterpretasian makna.Makna merupakan sebahagian daripada semantik kerana semantik adalah ilmu mengenai pengkajian makna(Lyons& Fodar dlm Nor hashimah bt Jalaluddin, 2003; 2). Menurut F. R . Palmer (1981 :1),semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna, oleh sebab makna itu sebahagian daripada bahasa maka semantik juga sebahagian daripada linguistik.

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat unsur linguistik yang terdapat dalam lagu dikir barat. Kajian yang dijalankan ini adalah merupakan kajian dari segi semantik dan skop kajian ini adalah melakukan penginterpretasian atau penelitian terhadap penggunaan bahasa sindiran berdasarkan simbolik haiwan dalam lagu dikir barat. Sindiran merupakan salah satu daripada kategori bahasa kiasan.kajian ini akan menggunakkan pendekatan semantik untuk menganalisis bahasa sindiran yang dinyatakan melalui simbolik haiwan dalam lagu dikir barat untuk menyindir manusia. Pendekatan ini digunakan bagi manyatakan makna yang tersirat kerana dirasakan memadai kerana lagu dikir barat mudah difahami oleh pendengar.

Read Full Post »